Wednesday, 3 April 2013
Monday, 1 April 2013
MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM)
Pengenalan
Tentang MSSM
Ditubuhkan pada 3 Mac 1958 di atas nama Majlis Sukan Sekolah - sekolah Persekutuan Tanah Melayu melalui satu mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Penasihat Pelajaran, Ketua Pegawai Pelajaran Negeri dan wakil-wakil negeri.
VISI MSSM
Memberi peluang kepada pelajar menyertai kejohanan yang mempunyai unsur-unsur keseronokan sambil mempamerkan kecemerlangan.
MISI MSSM
Melahirkan atlet elit yang berpotensi tinggi melalui program pertandingan sukan di dalam dan di luar negara.
BIDANG TUGAS MSSM
1. Menggalak, memaju dan mengatur aktiviti sukan sepanjang tahun.
2. Mengelola dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah antara negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
3. Mengambil bahagian dalam pertandingan sukan peringkat antarabangsa kelolaan ASSC, ASSF dan ASFF.
4. Menjalankan kursus kejurulatihan, kepengadilan dan kepegawaian di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
5. Mengelola dan menjalankan latihan pusat bagi atlet-atlet sekolah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
6. Menyelaras segala undang-undang dan peraturan pertandingan.
7. Mengedar maklumat dan penerangan mengenai aktiviti sukan.
8. Bekerjasama dengan mana-mana Majlis dalam pembangunan sukan.
9. Memaju dan meningkatkan prestasi sukan di Malaysia.
Pelancongan Sukan
Malaysia kini semakin giat mempromosikan diri sebagai penganjur dan tuan rumah kepada pelbagai kejohanan sukan dan aktiviti rekreasi bertaraf dunia, seterusnya menjadikan Malaysia destinasi utama pelancongan sukan di rantau Asia Pasifik. Penganjuran sukan seperti Sukan Komanwel 1998, Formula 1, Powerboat, Le Tour De Langkawi dan sebagainya adalah sebahagian daripada acara sukan yang mendapat pengiktirafan dunia.
Penyediaan kemudahan dan infrastruktur sukan yang lengkap dan canggih menjadikan Malaysia sentiasa bersedia untuk menganjurkan apa jua kejohanan sukan. Kompleks Sukan Negara dan Litar F1 Sepang contohnya adalah infrastruktur sukan bertaraf antaranbangsa yang kini menjadi tumpuan acara-acara sukan terkemuka.
Malaysia juga dikurniakan dengan alam semulajadi yang bukan sahaja indah malah begitu sesuai untuk pelbagai aktiviti berteraskan adventure sports. Ini menggalakkan pelancongan yang mempunyai minat khas untuk datang dan mengalami sendiri aktiviti sukan dalam persekitaran yang begitu mencabar. Selain itu Malaysia juga memiliki lebih daripada 250 padang golf di seluruh negara yang menjadi tarikan mereka yang menggemari sukan golf.
Agensi utama yang bertanggungjawab dalam pelancongan sukan ini adalah Kementerian Belia dan Sukan sementara Kementerian pelancongan membantu dari aspek promosi.
Penyediaan kemudahan dan infrastruktur sukan yang lengkap dan canggih menjadikan Malaysia sentiasa bersedia untuk menganjurkan apa jua kejohanan sukan. Kompleks Sukan Negara dan Litar F1 Sepang contohnya adalah infrastruktur sukan bertaraf antaranbangsa yang kini menjadi tumpuan acara-acara sukan terkemuka.
Malaysia juga dikurniakan dengan alam semulajadi yang bukan sahaja indah malah begitu sesuai untuk pelbagai aktiviti berteraskan adventure sports. Ini menggalakkan pelancongan yang mempunyai minat khas untuk datang dan mengalami sendiri aktiviti sukan dalam persekitaran yang begitu mencabar. Selain itu Malaysia juga memiliki lebih daripada 250 padang golf di seluruh negara yang menjadi tarikan mereka yang menggemari sukan golf.
Agensi utama yang bertanggungjawab dalam pelancongan sukan ini adalah Kementerian Belia dan Sukan sementara Kementerian pelancongan membantu dari aspek promosi.
Friday, 29 March 2013
Sukan jana ekonomi negara
BENTONG 9 April - Kerajaan Negeri Pahang menafikan tuduhan pihak tertentu bahawa Sukan Malaysia (Sukma) tidak memberikan manfaat dan membazirkan wang rakyat.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Sukma atau lain-lain acara sukan di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa memberikan sumbangan besar serta mampu menjana ekonomi negara.
"Tuduhan bahawa kerajaan melakukan pembaziran dengan menganjurkan sukan itu adalah salah, kerana ia menjadi medan mencungkil bakat bagi diketengah di peringkat daerah, negeri, nasional dan seterusnya pentas antarabangsa.
"Kita tidak lagi boleh melihat sukan hanya daripada sudut pertandingan dan kejuaraan semata-mata, tetapi ia menjadi sebahagian daripada sumbangan besar kepada ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Larian Baton Sukma Pahang 2012 di Dataran Bentong, di sini, semalam.
Pada majlis itu Adnan menerima baton daripada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan kemudiannya secara simbolik menyerahkannya kepada Pegawai Daerah Bentong, Datuk Toantowee Mohd. Lotfie untuk larian di daerah Bentong sebelum dibawa ke daerah-daerah lain di negeri ini.
Menurut beliau, negara-negara maju di benua Eropah, Amerika dan beberapa negara Asia membuktikan sukan mampu menjana ekonomi dalam pelbagai acara seperti bola sepak, permotoran, golf, tenis, lumba basikal, bola keranjang dan banyak lagi.
Dalam perkembangan sama, Adnan memberitahu, sukan menjadi saluran yang cukup berkesan bagi mengeratkan perpaduan antara kaum di negara ini.
Sehubungan itu, beliau berharap beberapa acara sukan yang menjadi tradisi sesuatu kaum dapat dibahagikan supaya semua kaum terlibat menyertainya.
Adnan juga berharap semua prasarana dan lokasi Sukan Malaysia (Sukma) XV perlu disiapkan sepenuh Jun ini, sebelum sukan dwi tahunan itu bermula 7 Julai nanti agar berjalan lancar dan tidak mendatangkan masalah pada hari pertandingan.
KEBAIKAN PENGANJURAN SUKAN ANTARABANGSA
Negara kita pernah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah kepada sukan bertaraf dunia. Tahun 1998 merupakan detik bersejarah kepada Malaysia dan Asia kerana Sukan Komanwel yang ke-16 telah berlangsung dari 11 hingga 21 September di negara kita. Sukan SEA juga dianjurkan di Malaysia pada tahun 2001. Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan langkah ke arah merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 yang merupakan inspirasi dan wawasan pembangunan negara yang dapat melahirkan masyarakat yang maju, penyayang, demokratik dan sejahtera. Negara kita amat bertuah kerana telah terpilih menjadi tuan rumah bagi acara sukan yang bertaraf dunia. Hal ini merupakan satu peluang keemasan bagi negara kita untuk menonjolkan imej dan kewibawaan Malaysia di arena antarabangsa. Selain Sukan Komanwel, negara kita juga pernah menjadi penganjur perlawanan bola sepak, Piala Thomas, Le Tour de Langkawi, dan sebagainya. Persoalannya sekarang apakah faedah penganjuran sukan bertaraf dunia kepada rakyat dan negara kita?
Kemaslahatan penganjuran sukan bertaraf dunia kepada negara ialah pendapatan negara akan meningkat sekiranya berjaya menjadi tuan rumah sukan antarabangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana pertandingan sukan seumpama ini akan membawa pelancong dan peminat sukan yang banyak untuk melawat ke negara kita. Secara tidak langsung, kedatangan mereka ini akan memajukan industri pelancongan dan perhotelan negara. Industri pelancongan dapat memberikan pulangan yang lumayan kepada negara. Biar kita imbas kembali Sukan Olimpik yang diadakan di Atlanta. Negara Amerika telah mendapat keuntungan sebanyak US20 bilion dalam penganjuran temasya sukan berprestij ini. Memang benar kata mantan Perdana Menteri Malaysia, iaitu penganjuran Sukan Komanwel dapat membantu negara mengatasi masalah kegawatan ekonomi yang semakin melarat pada masa itu. Para pelancong dan peminat sukan bukan sahaja membeli tiket sukan, tetapi mereka turut membeli cenderamata dan hasil kraf tangan yang dihasilkan oleh penduduk Malaysia. Maka, industri kecil dan industri hiliran dapat berkembang dengan lebih maju lalu ekonomi negara dapat dijana.
Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan instrumen perpaduan yang berkesan untuk mencapai integrasi nasional. Perpaduan yang dipupuk bukan sahaja dalam kalangan rakyat tetapi juga mendorong rakyat yang berbilang bangsa, etnik dan budaya menggemblengkan semangat berbakti dan berkorban untuk negara. Sebagai contoh, pihak badan bukan kerajaan berganding bahu dengan pihak kerajaan untuk menjayakan Sukan Komanwel secara sukarela. Bukan itu sahaja, hal ini juga dapat mengukuhkan nilai perpaduan seperti toleransi, kerjasama, meletakkan kepentingan kebangsaan melebihi kepentingan peribadi. Dengan memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat, mereka akan memberikan sokongan yang padu kepada atlet negara kita untuk memenangi sesuatu perlawanan. Penganjuran sukan dapat melahirkan semangat kekitaan dalam sesuatu pasukan untuk meraih kejayaan kerana bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Lantaran itu, tanpa muafakat amat sukar untuk sesuatu pasukan itu mencapai kejayaan. Jadi, perpaduan antara kaum dapat dilahirkan melalui penganjuran sukan bertaraf antarabangsa.
Dengan menganjurkan sukan seumpama ini, mutu sukan negara kita pasti bertambah baik. Melalui sukan bertaraf antarabangsa, kita dapat meniru teknik-teknik latihan yang digunakan dan kelengkapan yang disediakan oleh negara tersebut. Tamsilnya, dalam sukan badminton dan bola sepak, kita boleh mempelajari teknik pengurusan dan melihat kelengkapan prasarana sukan. Dengan cara ini, atlet kita akan mengetahui punca kegagalan mereka dan membaiki kelemahan mereka. Oleh itu, mereka akan berlatih dengan lebih giat lagi demi mencapai tahap yang diharapkan. Mereka juga akan berlatih dengan berdisiplin demi mencapai prestasi yang diharapkan. Pendek kata, prestasi sukan dan atlet negara akan meningkat jika kita sering menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa.
Sebagai konklusinya, penganjuran sukan yang bertaraf dunia akan membawa negara kita ke era kecemerlangan yang lebih membanggakan. Semua pihak sama ada pihak kerajaan, badan bukan kerajaan mahupun rakyat jelata yang lain harus berganding bahu dan menggembleng tenaga ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk menjayakan pertandingan sukan yang diadakan dan menolong membuat persiapan sepenuhnya. Dengan kerjasama daripada pelbagai pihak, acara sukan yang diadakan di negara kita akan dapat berjalan dengan lancar. Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan salah satu cara pemodenan sukan yang dapat memperbaik prestasi sukan yang diidamkan oleh setiap negara. Dengan ini, diharapkan agar manfaat-manfaat yang tidak ternilai harganya semasa penganjuran sukan bertaraf dunia harus dihayati dan dapat dinikmati oleh semua rakyat di nusa yang tercinta ini.
Potensi pakaian sukan
KETIKA ini, sektor perniagaan pakaian sukan negara dilihat semakin berkembang apabila terdapat banyak usahawan tempatan mula menyertai sektor ini dan mempamerkan kepelbagaian produk untuk pengguna yang menjalani hidup sihat.
Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Hafiz Ithnin bersama Ketua Pegawai Operasi Kumpulan aL-ikhsaN, Yuremi Mohd Nor bagi mengupas perkembangan sektor ini.
BAGAIMANA perkembangan sektor perniagaan pakaian sukan di Malaysia ketika ini?
Malaysia mempunyai kepelbagaian sektor bagi membantu melonjakkan pendapatan negara yang didorong usaha pelbagai pihak dengan membangunkan perniagaan mereka mengikut potensi pasaran jangka panjang.
Malaysia mempunyai kepelbagaian sektor bagi membantu melonjakkan pendapatan negara yang didorong usaha pelbagai pihak dengan membangunkan perniagaan mereka mengikut potensi pasaran jangka panjang.
Ini tidak terkecuali dengan sektor perniagaan sukan negara apabila pada 2010, Kementerian Belia dan Sukan menyatakan industri perniagaan sukan negara mempunyai potensi sehingga RM30.3 bilion untuk diterokai peniaga barangan sukan tempatan.
Nilai itu memberi gambaran pasaran sukan di Malaysia begitu luas untuk diterokai dan menunjukkan masyarakat di negara ini semakin sedar mengenai aktiviti bersukan penting dalam kehidupan mereka.
Melihat kepada kemampuan kumpulan aL-ikhsaN meraih kedudukan di 80 syarikat yang mempunyai rangkaian cawangan terbesar di dunia dalam Sporting Goods Intelligence's Report 2011, adakah anda rasa sektor ini mampu berkembang untuk jangka panjang dan kukuh bagi membantu ekonomi negara?
Seperti dikatakan sebentar tadi, ketika ini kesedaran terhadap gaya hidup sihat semakin tinggi di kalangan rakyat Malaysia dan ini dibuktikan apabila banyak syarikat menjual pelbagai alatan serta pakaian sukan mula muncul.
Ia menunjukkan pasaran barangan sukan semakin berkembang kerana pemain industri tahu ia mempunyai permintaan tinggi dan bersifat jangka panjang.
Manakala, untuk mengatakan sektor ini satu medium yang mampu menyokong ekonomi Malaysia, jawapannya ya kerana sekiranya keadaan ekonomi tidak menentu, gaya hidup orang ramai juga berubah berikutan menjadikan aktiviti mewah sebagai aktiviti harian akan berubah kepada aktiviti sukan kerana menjimatkan kos dan mewujudkan gaya hidup sihat kepada mereka.
Perkara ini menunjukkan sektor berkenaan bukan saja menyokong ekonomi negara, malah memberi pilihan kepada orang ramai memilih gaya hidup berfaedah.
Apakah pandangan anda apabila terdapat banyak syarikat menjual barangan pakaian sukan mula muncul dan bagaimana dengan persaingan kepada aL-ikhsaN?
Kewujudan banyak syarikat menjual barangan pakaian sukan sebenarnya menunjukkan perkembangan positif kepada pemain industri dan orang ramai. Walaupun dari segi perniagaan wujud persaingan, ia adalah sesuatu yang positif kerana setiap syarikat akan mula memberi produk dan promosi terbaik kepada pelanggan. Manakala pelanggan pula bakal ditawarkan pilihan harga dan produk yang pelbagai mengikut kemampuan mereka.
Menyebut beberapa jenama sukan terkenal antarabangsa seperti Nike dan Adidas yang begitu besar di peringkat global, adakah Malaysia mampu melahirkan jenama sukan sepertinya?
Perkara itu tidak mustahil kerana di aL-ikhsaN kami turut mempunyai jenama sendiri iaitu AL. Namun, untuk diterima di peringkat antarabangsa kami perlu mengukuhkannya di pasaran domestik terlebih dulu seperti dilakukan kumpulan aL-ikhsaN iaitu menubuhkan sebuah lagi syarikat, aN Sport Sdn Bhd (aN Sport) yang menjual barangan di bawah harga RM100 selain mempromosikan jenama A.L di cawangan aN Sport.
Kami jangka jenama ini bakal kukuh di pasaran tempatan dalam tempoh lima tahun lagi bersandarkan sasaran membuka 1,000 cawangan di seluruh Malaysia pada 2020.
Pembukaan cawangan yang banyak dan memperkenalkan produk AL sekali gus mempromosikan produk ini kepada pembeli kerana anda perlu tahu orang ramai suka membeli sesuatu barangan sukan disebabkan jenama bukan 100 peratus fungsinya. Sebab itu jenama seperti Nike dan Adidas mempunyai kedudukan kukuh di peringkat global.
Selain itu, kehadiran idola sukan antarabangsa menyarung pakaian dan menggunakan peralatan sukan jenama berkenaan turut menjadi aspek pemilihan orang ramai kepada barangan mereka.
Sebagai syarikat yang menjual barangan pakaian sukan terkemuka di Malaysia dan menerima anugerah Socially Responsible Company Awards 2012 in Retail Chain, apakah strategi dilaksanakan Kumpulan aL-ikhsaN bagi mengukuhkan kedudukan di pasaran tempatan dan bagaimana dengan perancangan menerokai pasaran luar?
Kumpulan aL-ikhsaN sentiasa melakukan yang terbaik untuk meningkatkan perniagaan jangka panjang, antaranya kami menyasarkan membuka 200 cawangan di bawah aL-ikhsaN Sports Sdn Bhd (aL-ikhsaN Sports) pada 2015 dan ketika ini mempunyai 118 cawangan di Semenanjung Malaysia.
Buat masa ini, kumpulan aL-ikhsaN memfokuskan pasaran di Semenanjung Malaysia dan selepas 2015 berkemungkinan kami mula menerokai pasaran di Sabah dan Sarawak.
Manakala, untuk pasaran luar negara, ia sememangnya termasuk di dalam strategi jangka panjang kami, namun kami ingin aL-ikhsaN kukuh di pasaran Malaysia terlebih dulu baru memikirkan mengenai pasaran luar negara kerana ia bukan mudah.
Selain itu, kewujudan aN Sport yang disasarkan kepada segmen berlainan dengan aL-ikhsaN Sports iaitu untuk golongan berpendapatan pertengahan dijangka dapat menambah lebih ramai pelanggan.
Adakah Kumpulan aL-ikhsaN merancang untuk menerokai segmen perniagaan yang lain pada masa depan?
Dalam perniagaan ini, walaupun ia mempunyai potensi besar untuk diterokai, kepelbagaian perniagaan dilihat penting kepada semua usahawan termasuk Kumpulan aL-ikhsaN.
Membuka pusat sukan adalah antara rancangan jangka panjang kami, tetapi buat masa ini kami masih memfokuskan perniagaan sedia ada dan aN Sport yang dilihat bukan sekadar memberi keuntungan kepada syarikat malah berkemungkinan memberi peluang orang lain menjadi usahawan menerusi sistem francais apabila kami mula bersedia melaksanakannya kelak.
Wednesday, 27 March 2013
PEMBANGUNAN AKADEMIK SUKAN : PEMANGKIN INDUSTRI SUKAN DI MALAYSIA
Sejak kebelakangan ini,perkembangan industri sukan negara telah semakin pesat dan lebih menyeluruh.Ianya jelas ditonjolkan dalam sektor industri utama iaitu seperti permainan dan pemain sehinggalah sektor industri kedua iaitu prasarana dan arena sukan.Kesan daripada sukan Komanwel 1998 memberi tanda bahawa negara ini akan menjadi tumpuan dalam penganjuran sukan antarabangsa.Kejohanan pelbagai jenis sukan di peringkat antarabangsa telah pun diadakan dan telah dirancang oleh pelbagai pihak terutamanya kerajaan bagi memenuhi hasrat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai titik tumpu atau 'hub' sukan di rantau ini.Kejohanan seperti temasya Sukan SEA,Hoki Piala Dunia (2002),Sukan FESPIC (2006),kejohanan tahunan Malaysia Grand Prix Formula One,Moto GP dan sebagainya mengukuhkan lagi bukti bahawa Malaysia mampu dan menjana kepakaran untuk menganjurkan temasya sukan peringkat antarabangsa.Bukan itu sahaja Malaysia juga menghadapi saingan untuk menjadi 'hub' sukan di rantau ini apabila,negar jiran Singapura juga berkempen untuk memasarkan negara itu sebagai 'hub' industri sukan antarabangsa dengan menawarkan pakej perkhidmatan sukan yang menarik kepada syarikat multinasional sukan dunia di samping menawar diri untuk menjadi tuan rumah kepada temasya-temasya sukan dunia seperti Singapore Grand Prix Formula One pada sebelah malam,Sukan Remaja Olimpik dan sebagainya.
Industri sukan merupakan suatu sektor yang mempunyai pembahagian yang banyak.Terdapat pelbagai sektor sukan profesional seperti (Liga Super dan Liga Perdana),sukan peringkat universiti (seperti Majlis Sukan Universiti Malaysia,MASUM) sukan sekolah (Majlis Sukan Sekolah - sekolah Malaysia,MSSM),sukan antara kelab,sukan amatur,sukan massa dan aktiviti sukan yang mempunyai elemen komersil serta kemudahan rekreasi dan organisasi perkhidmatan sukan.Kalau dilihat dari penerapan nilai komersil dalam sukan tempatan,ianya dapat dikesan dengan konsep dasar 'Persyarikatan Malaysia' cetusan idea mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad diterjemahkan oleh mantan Menteri Belia dan Sukan,Dato' Abdul Ghani Othman menerusi program Rakan Sukan di awal tahun 90-an.Konsep Rakan Sukan ini menggabungkan persefahaman dan kerjasama intim antara pihak kerajaan,sektor swasta (sebagai tanggungjawab dan menjadi nilai tambah komersil), persatuan dan peminat sukan ke arah kecemerlangan sukan.
KEJURUTERAAN SUKAN PEMANGKIN KEMAJUAN INDUSTRI SUKAN
PEKAN, 8 JANUARI 2013 : Untuk julung kalinya satu perbincangan awal telah diadakan bagi mengkaji penambahbaikan dan keberkesanan aspek Kejuruteraan Sukan di Malaysia. Perbincangan selama hampir 2 jam ini melibatkan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) bersama Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan selaku tuan rumah.
Kejuruteraan sukan merupakan satu bidang yang masih baru di Malaysia dengan itu Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjadi perintis dalam membangunkan projek ini. UMP telah menubuhkan makmal Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Sukan yang digelar “CENSE” (Centre For Sports Engineering).
Diketuai oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Prof. Dr. Zahari Taha, Pusat Kecemerlangan Sukan ini telah melakukan beberapa kajian menyeluruh mengenai pembangunan sukan di Malaysia. Diantara kajian semasa yang telah dijalankan ialah Pembangunan Kasut Sukan untuk Sukan Berprestasi Tinggi dan Kajian Mengukur Prestasi Optimum menerusi Analisis Kejuruteraan Biomekanik sewaktu perlawanan untuk pemain bolasepak kebangsaan.
Menurut Prof. Dr. Zahari Taha, “Dengan adanya kajian berterusan dan kerjasama dari pihak yang terilbat ianya dapat membantu menghasilkan satu “produk” yang sangat berguna”, ujarnya. “Dan kerjasama dari atlet dapat menjadikan sesuatu produk itu dapat dikenali melalui atlet”, tambahnya lagi yang mengambil contoh pemain bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo bersama kasut berteknologi ringan berjenama NIKE.
Menggabungkan kemahiran teknologi berkomputer, bidang ini dilihat sangat membantu atlet pada masa hadapan. Walaupun Malaysia belum lagi mempunyai produk nya sendiri tetapi dengan adanya makmal sebegini ianya memberi petanda baik untuk hubungan Industri Sukan di Malaysia.
Pada perbincangan ini, pihak delegasi dari KBS telah diberi peluang untuk melawat sendiri makmal Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Sukan UMP malah UMP menunjukkan beberapa demonstrasi bagaimana kajian mereka dijalankan.
Lawatan delegasi KBS ini diketuai oleh Setiausaha Bahagian Industri Sukan, Encik Ibrahim bin Yusof bersama wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang, Encik Syed Abdul Aziz bin Engku Chik Abdullah, juga wakil-wakil dari agensi KBS, MSN dan ISN, serta wakil-wakil dari pihak swasta.
Formula One penyumbang utama industri sukan Malaysia – Ahmad Shabery
KUALA LUMPUR – Penganjuran Formula One (F1) di Malaysia merupakan antara penyumbang utama kepada industri sukan di negara ini, kata
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Katanya acara itu bukan sahaja menjana pendapatan sektor pelancongan tetapi juga pemangkin yang menghubungkan pelbagai aspek lain dalam rantaian bekalan.
“Daripada mekanik yang berdedikasi menambah baik enjin Proton pelanggan mereka untuk perlumbaan tempatan akan datang kepada jenama besar seperti Petronas, AirAsia dan Naza yang memanfaatkan keboleh pasaran F1,” katanya ketika berucap pada pelancaran rasmi Grand Prix (GP) F1 Petronas Malaysia 2013, di sini pada Selasa.
Malaysia akan menganjurkan pusingan kedua daripada 20 perlumbaan FIA Formula One World Champiosnhip, dari 22 hingga 24 Mac ini di Litar Sepang.
Musim baharu ini akan bermula dengan GP Australia dari 15 hingga 17 Mac di Albert Park, Melbourne.
Antara yang hadir pada majlis itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abas serta Pengerusi Sepang International Circuit (SIC) Datuk Mokhzani Tun Mahathir.
Ahmad Shabery berkata berdasarkan kajian PricewaterhouseCoopers Capital Sdn Bhd, GP Malaysia 2011 menjana aktivi ekonomi bernilai RM385 juta, iaitu pulangan tiga kali ganda pelaburan kerajaan dalam F1.
Pada majlis itu, penaja utama kejohanan Petronas dan penganjur acara SIC melancarkan pakej khas ‘One Ticket Unlimited’ (1TU) yang membolehkan peminat menikmati pelbagai keistimewaan.
Antaranya diskaun tambahan membeli-belah semasa kempen ’1Malaysian GP Sale’ sepanjang bulan Mac, selain berpeluang menyaksikan konsert selepas perlumbaan yang menampilkan kumpulan rock Guns N Roses pada 24 Mac secara percuma bagi pemegang tiket grandstan, manakala bagi ‘hillstand’ hanya perlu membayar RM120.
Keistimewaan lain termasuk pengangkutan menerusi ERL atau Skybus, baucar makanan dan minuman serta barangan eksklusif ulang tahun ke-15 GP Malaysia. - Bernama
Sejarah Taekwondo
PENGENALAN
Ringkasan yang dibincangkan dalam tugasan ini adalah hal-hal yang telah diterangkan tentang sejarah taekwondo. Taekwondo juga disebut sebagai Tae Kwon Do atau Taekwon-Do. Ia merupakan sukan nagara Korea. Dalam perkataan Korea ‘Tae’ bermaksud kaki, Kwon meaning tangan dan ‘Do’ bermaksud teknik, oleh itu, Taekwondo bermaksud ‘teknik menguna kaki dan tangan. Pada dinasti Silla (668AD-935AD). Seorang cina yang bernama Chuan Fa melatih tentera Korea pelbagai seni pertahanan seperti menyerang dengan tangan kosong. Pada awal dinasti Joseon(1393-1910), Subak dibahagikan kepada Taekyon dan Yusul. Pada abad18, King Chongjo diminta menghasilkan Muye Dobo Tongji, ini adalah suatu seni pertahanan yang teratur, ia termasuk berdisiplin dan kosong tangan Kwonbup.
Dalam tempoh Jepun menakluki Korea (1910-1945), banyak orang Korea menentang orang Jepun dengan seni pertahanan ini China seperti karate. Pada tahun 1945, banyak sekolah seni pertahanan ditubuhkan. Pada tahun 1955, seni pertahanan ini disebutkan dalam pelbagai nama. Presiden South Korea Syngman Rhee cuba menyatukan semua seni pertahanan sebagai ‘Taekwondo’.Pada tahun 1959, ‘Korean Taekwondo’ Association’(KTA) ditubuhkan. General Choi ialah presiden. Pada tahun 1960, Jhoon Rhee mengajar Korean Karate di United States. Beliau menukar nama ini kepada Taekwondo selepas berjumpa dengan presiden Choi Hong Hi. Oleh itu, Rhee boleh dikatakan sebagai bapa Taekwondo Amerika.
Pada tahun 1972, Kukkiwon dijadikan pusat Taekwondo di Korea selatan. Pada tahun 1973, World Taekwondo Federation(WTF) ditubuhkan oleh kerajaan Korea selatan untuk bersaing dengan ITF. Pada Julai 1980, ‘International Olympic Committee’ memperkenalkan WTF(World Taekwondo Federation). Taekwondo adalah sukan demotasi pada tahun 1988 Seoul Olimpik. Ia diikhtirafkan sebagai salah satu sukan Olimpik sejak tahun 2000 sydney Olimpik.
ASAL USULNYA TEAKWANDO
a) Zaman kuno
Latar belakang sejarah perkembangan Taekwondo dapat di lihat pada empat zaman, iaitu : Pada zaman kuno, zaman pertengahan , zaman moden dan zaman sekarang. Pada zaman Kuno merupakan asal usul teakwondo, pada dasarnya manusia mempunyai rasa untuk mempertahankan dan melindungi diri dan kehidupanya, ia dilakukan sepanjang hari. Perkembangan manusia tidak tidak lepas dari kegiatan / gerakan fikizikalnya, tanpa menghiraukan waktu dan tempat. Pada ketika ini juga manusia tidak berfikir untuk mempertahankan dirinya kecuali dengan tangan kosong, hal ini secara ilmiahnya dapat mengembangkan teknik - teknik bertarung dengan tangan kosong. Setelah mereka pandai mempertahan diri mereka tanpa senjata telah memperkembangkan lagi seni bela diri ini, bahkan dijadikan pertunjukan dalam acara ritual. Manusia mempelajari teknik - teknik seni bela diri adalah dari pengalaman mereka menlawan musuh-musuhnya. Inilah yang diyakini menjadi dasar seni bela diri Taekwondo yang kita kenal sekarang, di mana pada masa lampau dikenal sebagai 'Subak" , "Taekkyon", " Takkyon" ,dan beberapa nama lagi. .
Pada asal mula sejarah Semenanjung Korea , ada 3 suku bangsa atau kerajaan yang mempertunjukan aksi seni bela diri pada acara ritualnya. Ketiga kerajaan ini saling bersaing satu sama lain, ketiga-tiganya adalah Koguryo, Paekje dan Silla, semuanya melatih para kesatria untuk dijadikan salah satu kekuatan negara, bahkan para kesatria yang tergabung dalam militan saat itu, menjadi warga negara yang mempunyai kedudukan yang sangat stabil. Menurut catatan , kelompok kesatria muda yang terdiri dari organiosasi seperti " Hwarangdo" di Silla dan "Chouisonin " di Koguryo, semuanya menjadikan latihan seni bela diri sebagai salah satu perkara penting yang harus dipelajari. Sebuah buku tentang seni beladiri yang disebut " Muye Dobo Tongji " menyebutkan : " ( Taekwondo) Seni pertarungan tangan kosong adalah dasar dari seni bela diri , yang membangun kekuatan dengan melatih tangan dan kaki hingga beesatu dengan tubuh agar dapat bergerak bebas secara berluasa, sehingga dapat digunakan saat menghadapi situasi yang kritis, ini menunjukkan ( Taekwondo ) dapat digunakan setiap saat
Koguryo yang berdiri pada 57 tahun sebelum masihi di semenanjung Korea bahagian utara, membentuk kesatuan para kesatria tangguh yang disebut 'Sonbae', yang yang bermaksud lelaki-lelaki yang bersifat baik dan tak pernah takut dalam bertarung atau peperangan. Dalam buku sejarah disebutkan bahwa saat Dinasti Chosun Kuno memerintah , tanggal 10 Maret setiap tahunnya pada hari raya Koguryo, masyarakat merayakannya dengan acara - acara kontes tarian pedang, memanah, subak ( Taekkyon ) dan sebagainya. Kontes Subak ( Taekyon ) sebutan untuk Seni beladiri Taekwondo pada masa itu adalah salah satu kegiatan yang sangat populer. Penemuan beberapa lukisan dinding makam pada masa Koguryo, yang menggambarkan 2 orang yang saling bertarung dalam sikap Takkyon ( Taekwondo ), membuktikan bahwa seni bela diri yang sekarang kita kenal sebagai Taekwondo telah dipraktikkan dari sejak 2000 tahun yang lalu di Semenanjung Korea.
Gambar di atas adalah lukisan dinding yang ditemukan pada langit - langit kuburan kerajaan Muyong - chong jaman dinasti Koguryo, yang menggambarkan 2 orang yang sedang mempraktekkan beladiri ( Taekwondo kuno )
Kerajaan Shilla berdiri pada tahun 57 sebelum masihi di tenggara semenanjung Korea, secara geografi tidak terancam dari luar, tetapi dengan berdirinya Kerajaan Pakje disisi barat dan awal serbuan dari Koguryo dari utara maka Kerjaan Shilla mempersenjata diri dengan meningkatkan dengan kemampuan seni bela diri yang berkembang saat itu. " Hwarangdo" adalah satu cara bela diri dari Shilla yang merupakan asimilasi dari sistem bela diri " Sonbae " dari Koguryo. Anggota - anggota Hwarang berlatih keras dengan semboyannya (moto @ matlamat) yang terkenal iaitu bakti kepada orang tua, setia pada negara & bangsa, pantang mundur dalam peperangan. Kim Yu Sin dan Kim Chun Chu yang memberikan sumbangan besar bagi penyatuan 3 kerajaan di Semennajung Korea. Dalam catatan peristiwa dari Chosun melukiskan kehidupan para Hwarang , sebutan bagi para kesatria yang mempelajari Hwarangdo, para hwarang di kelasikasi oleh kerajaan , dan setelahnya mereka hidup dan berkumpul dalam kelompok menurut yang mereka pelajari, seperti Subak ( bentuk dari Taekwondo kuno ), bermain pedang, berkuda dan bermain " Sirum" atau gulat gaya Korea. Ketika aman atau tiada peperangan, hwarang bekerja melayani masyarakat, membantu keadaan darurat dan membangun jalan dan benteng, siap mengorbankan hidupnya saat berperang. Hwarang sangat patuh pada ajaran dan disiplin pada agama Budha, dapat dilihat di Kyonju Museum sangat jelas ditunjukan bahawa seni bela diri ini dipraktikkan dikuil - kuil, digambarkan dengan adegan lelaki-lelaki yang nampak kuat dalam sikap berani dan mempertahankan diri dengan mwenggunakan tangan kosong. Sikap yang ditampilkan sangat menarik adalah sikap Kumgang Yoksa yang sama dengan sikap pada bela diri dan "Taekkyon" nampak atau muncul bersamaan , dan keduanya boleh dilihat pada Taekwondo sekarang . Ini membuktikan bahawa pada masa kerajaan Shilla " Subak" teknik-teknik tangan dan kaki tersebut dipakai dalam Taekwondo sekarang ini.
Gambar di atas adalah patung 2 eksatria yang sedang dalam pose atau sikap seni bela diri Kumgang Yoksa, yang terdapat pada gua Sokkuram di Kyongju, yang berasal dari abad ke 7.
Seni bela diri Taekkyon yang populer di Koguryo, ternyata tertulis juga di Shilla dan dibuktikan dengan : i. "Hwarang " ( Sonrang ) di Shilla mempunyai arti kata yang sama dengan "Sonbae" di Koguryo jika ditinjau dari sudut etymology. ii. Keduanya memiliki sistem organisasi dan hirarki yang sama. iii. Menurut catatan sejarah, Sonbae di Koguryo digunakan dalam kompetisi Taekkyon saat perayaan nasional, hwarang di Shilla juga memainkan Taekkyon ( Subak,dokkyoni, atau taekkoni ) dalam perayaan seperti "palkwanhoe" dan "hankawi", hal ini menunjukkan perkembangan secara sistematis teknik beladiri kuno ke Taekkyon / Sonbae yang menjadi dasar seni beladiri di Korea sekitar 200 tahun sesudah masehi. Mulai abad ke 4 sesudah masehi seni beladiri ini makin memasyarakat dan berkembang melalui sekolah / perguruan seni beladiri dengan berbagai kelompok teknik
b) Zaman pertengahan
Pada Dinasti Koryo ( 918 sampai 1392 Masehi ) yang mana penyatuan Semenanjung Korea setelah Shilla, Taekkyon berkembang sangat sistematis dan merupakan mata ujian penting untuk ketenteraan. Teknik Taekkyon tumbuh menjadi senjata yang efektif untuk membunuh. Pada permulaan Dinasti Koryo, kemampuan seni bela diri menjadi klesfikasi untuk merekrut personel ketenteraan sebab kerajaan membutuhkan kemampuan pertahanan yang kuat setelah penaklukan seluruh semenanjung Korea. Kemampuan dalam bela diri Taekkyon sangat menentukan pangkat seseorang dalam ketenteraan. Raja-raja pada Dinasti Koryo sangat tertarik pada kontes Taekkyon yang disebut "Subakhui", yang popular juga pada pandangan masyarakat dan dijadikan anjakkan perekrutan tentera. Namun pada akhir pemerintahan Dinasti Koryo ketika penggunaan senjata api mulai dikenal, untuk pertahanan.
Pada masa moden Korea , saat Dinasti Chosun ( Yi ) pada tahun 1392 sampai 1910, Kerajaan Korea dan Jaman penjajahan Jepang sampai tahun 1945, Subakhui dan Taekkyon, sebutan Taekwondo pada saat itu mengalami kemunduran dan tidak mendapat dukungan dari pemerintah yang memodernisasi tenteranya dengan senjata api. Dinasti Yi yang didirikan dalam ideologi Konfusius, lebih mementingkan kegiatan kebudayaan daripada seni belan diri. Kemudian, Raja Jungjo setelah digantikan oleh Jepang pada tahun 1952, pemerintah kerajaan membangun kembali pertahanan yang kuat dengan memperkuat latihan ketenteraan dan mempraktik seni bela diri. Sehubungan dengan ini, sebuah buku diterbitkan tentang ilustrasi seni bela diri yang diberi judul Muyedobo - Tonji, yang memuat gambar-gambar dan ilustrasi yang mirip, menyerupai bentuk, sikap ( Poomse ) dan gerakan dasar ( Basic Movement ) Taekwondo sekarang, tetapi hal ini tak dapat dapat dibuat perbandingan dengan teakwondo yang ada pada hari ini yang telah dimodernisasi dengan penelitian yang berdasarkan ilmu pengetahuan moden ( Scientific Studies). Akan tetapi, saat penjajahan Jepang semua kesenian rakyat dilarang termasuk Taekkyon, untuk menekan rakyat Korea. Seni bela diri Taekkyon hanya diajarkan secara sembunyi oleh para master bela diri sampai masa kemerdekaan pada tahun 1945.
c) Zaman sekarang
Seiringan dengan kemerdekaan Korea dari penjajahan Jepang, konsep baru tentang kebudayaan dan tradisi mulai bangkit. Banyak para ahli seni beladiri mendirikan sekolah atau perguruan bela diri. Dengan meningkatnya populasi dan hubungan kerjasama yang baik antara perguruan bela diri, akhirnya diputuskan menyatukan berbagai nama seni bela diri mereka dengan sebutan: Tae Kwon Do, pada tahun 1954. Pada, 16 September 1961 berlaku perubahan iaitu menjadi Taesoodo namun kembali menjadi Taekwondo dengan organisasi nasionalnya bernama Korea Taekwondo Association ( KTA ) pada tanggal 5 Agustus 1965, dan menjadi anggota Korean Sport Council. Pada era tahun 1965 sampai 1970 an , KTA banyak menyelenggarakan pelbagai acara pertandingan dan demonstrasi untuk setiap lapisan masyarakat. Taekwondo berkembang dan tersebar dipelbagai kalangan, hingga diakui sebagai disiplin atau program resmi oleh Pertahanan Nasional Korea , menjadi olahraga wajib bagi tentera dan polis.
Tentara Korea yang berpartisipasi dalam perang Vietnam dibekal keahlian Taekwondo, pada saat itulah Taekwondo mendapatkan perhatian besar dari dunia. Nilai lebih ini menjadikan Taekwondo dinyatakan sebagai olahraga nasional Korea. Pada tahun 1972, Kukkiwon didirikan, sebagai markas besar Taekwondo, hal ini menjadi penting bagi pengembangan Taekwondo keseluruh dunia. Kejuaran dunia Taekwondo yang pertama diadakan pada tahun 1973 di Kuk Ki Won,Seoul ,Korea Selatan, sampai saat ini kejuaraan dunia, rutinnya dilaksanakan setiap 2 tahun sekali. Disamping itu, untuk meningkatkan kualitas Instruktur Taekwondo diseluruh dunia, Kukkiwon membuka Taekwondo Academy, yang mulai tahun 1998 telah membuka Program pelatihannya bagi Instruktur Taekwondo dari seluruh dunia. Kuk Ki Won, sebagai markas besar Taekwondo Dunia, disinilah pusat penelitian dan pengembangan Taekwondo, Pelatihan para Instruktur , sekretariat promosi ujian tingkat internasional. Pada 28 Mei 1973, The World Taekwondo Federation ( WTF ) didirikan, dan sekarang telah mempunyai 156 negara anggota dan Taekwondo telah dipraktekan oleh lebih dari 50 juta orang disetiap penjuru dunia, dan angka ini masih terus bertambah seiring perkembangan Taekwondo yang makin maju dan popular. Taekwondo telah dipertandingkan dipelbagai pertandingan pelbagai acara diseluruh dunia, dan Taekwondo telah dipertandingkan sebagai ekshibisi pada Olympic Games 1988 Seoul dan telah dipertandingkan sebagai cabang olahraga rasmi di Olympic Games 2000, Sydney.
APA ITU TEAKWONDO?
Taekwondo merupakan antara seni tempur Korea yang paling bersistematik dan mempunyai elemen saintifik yang tinggi. Taekwondo bukan sahaja mengajar ahlinya tentang kemahiran tempur secara fizikal malah juga nilai disiplin yang membentuk jati diri pengamalnya. Hari ini Taekwondo telah muncul sebagai badan sukan global yang mendapat reputasi antarabangsa dan berdiri bersama sukan-sukan rasmi Olimpik lain.
Mari kita amati secara dekat makna perkataan 'Tae' 'Kwon' 'Do'. Ianya terdiri daripada tiga rangkap perkataan seperti yang dinyatakan di dalam sistem ejaan Bahasa Inggeris, walau bagaimanapun 'Taekwondo' dianggap satu perkataan dalam Bahasa Korea. 'Tae' memberi definasi 'kaki' atau 'memijak pada', 'Kwon' bermaksud 'genggaman tangan/ kepal tangan/ tinju/ buku lima, penumbuk' atau 'berlawan' dan 'Do' bermakna 'cara/ kaedah' atau 'disiplin'. Jika tiga bahagian ini disatukan, konsep penting di sebalik perkataan 'Taekwondo' akan dapat difahami.
Pertama, penggunaan 'kaki dan tinju tangan' atau struktur badan lain yang diwakili oleh kaki dan tangan semasa mempertahankan diri sangat efektif melalui kaedah Taekwondo. Kedua, Taekwondo mengajar pengamalnya mengawal diri supaya bertenang dan seboleh-bolehnya mengelakkan pertarungan semasa berkonflik. Konsep ini datang daripada makna 'Tae Kwon', 'meletakkan tinju atau perasaan mahu berlawan di bawah kawalan diri' [atau 'memijak pada tinju']. Jadi Taekwondo bermaksud 'kaedah tepat/ betul menggunakan semua bahagian badan untuk mengelak atau menamatkan pertarungan seterusnya membantu membina dunia yang lebih aman'.
Taekwondo telah membangun semenjak 5000 tahun yang lalu bersama perkembangan sejarah Korea dan dipanggil dengan beberapa nama berbeza sepanjang era tersebut. Di Korea, Taekwondo mula-mulanya dikenali sebagai seni mempertahankan diri yang dipanggil 'Subak' atau 'Taekkyon', dan dibangunkan sebagai kaedah latihan fizikal dan minda di dalam era pemerintahan kuno Koguryo, di bawah nama 'Sunbae'. Semasa era Shilla, seni tempur ini dijadikan tulang belakang kepada institusi Hwarangdo yang berperanan melahirkan pemimpin kerajaan yang berkebolehan pada masa itu.
Taekwondo hari ini berkongsi beberapa persamaan pada sesetengah elemen dengan seni tempur ketimuran lain tetapi selepas beberapa evolusi ke atasnya, Taekwondo telah dimajukan dengan banyak gaya berbeza berbanding yang wujud pada seni tempur negara di sekeliling Korea iaitu Jepun dan Cina.
Taekwondo sangat berlainan berbanding seni tempur ketimuran lain. Pertama, secara fizikalnya Taekwondo sangat dinamik dengan pergerakan aktif yang merangkumi kemahiran dan formasi kaki yang mengelirukan. Kedua, prinsip pergerakan fizikalnya adalah baik dan selari dengan kesihatan tubuh dan minda. Ketiga, Taekwondo memiliki pelbagai gaya serangan dan bertahan yang dinamik lagi praktikal.
Taekwondo boleh dicirikan dengan pelbagai uniti. Uniti tubuh badan, minda, kehidupan, uniti seni gaya ['poomsae' atau 'bunga silat'], uniti konfrontasi dan uniti pecahan atau patahan. Bila seseorang menggunakan/ melakukan Taekwondo, dia harus berfikiran tenang dan menyelaraskan mindanya dengan pergerakan yang dilakukan dan memperluaskan penggunaan keharmonian ini dalam kehidupan dan tatacara sosial. Kaedah ini menunjukkan bagaimana dalam Taekwondo prinsip pergerakan fizikal, prinsip latihan minda dan prinsip kehidupan menjadi satu. Manakala poomsae (bunga silat) yang betul/ tepat akan membuahkan pergerakan yang bersesuaian dalam mana-mana konfrontasi selain daripada menghasilkan kekuatan serangan yang padu.
Bagaimanakah uniti-uniti di atas boleh diperolehi melalui Taekwondo? Sebagai contoh, di dalam kehidupan, kita mempunyai kerja, menyara keluarga, berlawan dengan bersebab dan lain-lain. Apa yang membuatkan Taekwondo berbeza dengan amalan-amalan ini ialah, ianya mengandungi aktiviti-aktiviti yang menyediakan pengamalnya berhadapan dengan pelbagai jenis situasi penentangan dan boleh bertahan dengan susulan konfrontasi selepasnya. Seseorang harus mengatasi mana-mana musuh yang cuba mencederakannya. Tetapi dengan memenangi sesuatu pertarungan adalah tidak cukup untuk menjamin keselamatan kerana musuh-musuh tersebut mungkin akan kembali sembuh dan mengumpul kekuatan seterusnya menyerang lagi. Tambahan lagi, akan terdapat ramai lagi musuh lain selain daripada musuh yang baru dikalahkan. Seseorang tidak boleh sama sekali rasa selamat kecuali keamanan kekal dicapai. Untuk menikmati keamanan kekal ini, seseorang perlu faham dan mahir menggunakan ciri-ciri uniti tersebut dan inilah matlamat yang mahu dicapai dengan Taekwondo. Jika tidak, Taekwondo tiada bezanya dengan pelakuan samseng bertarung di jalanan.
SEJARAH TAEKWONDO MALAYSIA
Mandat yang diberi oleh Persatuan Taekwondo Korea (KTA) ,Taekwondo telah dibawa ke Malaysia oleh General Choi Hong Yi . Persatuan ini bermula di Kuala Lumpur dan kemudian tersebar di negeri-negeri lain. Pada tahun 1963, Persatuan Taekwondo Selangor telah diasaskan pada mulanya panduan teknikal dan sebahagian besar prodedur pentadbiran dilakukan oleh instructor Korea ini menimbulkan masalah pada ahli dengan instructor dalam penggunaan bahasa yang sukar difahami.
Pada tahun 1966/67, pengorganisasi semula telah dibuat oleh KTA yang menggabungkan pelbagai Taekwondo "KWANS" di Korea ini membuat ahli-ahli mula besemagat dalam aktiviti ini. General Choi, merupakan orang yang memperkenalkan seni ini di Malaysia ini kerana beliau tidak bersetuju dengan dengan hikraki taekwondo di Korea.Maka, selepas itu munculah Persekutuan Taekwondo Antarabangsa (ITF) yang diketuai oleh General Choi di Toronto, Kanada. Dan Persekutuan Taekwondo Dunia (WTF) pula di bawah Dr. Un Yong Kim yang berpusat di Seoul, Korea Selatan.
Tiga orang kuat mula membentuk persatuan Taekwondo Malaysia pada 1972 dan ia secara rasminya ditubuhkan pada 27 April 1974. Mereka ialah Mr. Leow Cheng Koon( Ketua Instuctor Persekutuan dan Pengarah Teknikal Kebangsaan Jawatankuasa Teknikal dan Pentadbiran), Mr Christopher Lai (Setiausaha Agong MTA yang pertama) dan Mr. Chin Mee Keong (Pengerusi MTA yang pertama).Wakil dari Selangor, Angkatan Tentera Malaysia, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor dan Sabah menghadiri sidang mesyuarat pembukaan persatuan ini. Setelah pemergian Instructor Korea, senior yang terikat oleh polisi ITF yang dibuat oleh General Choi mengambil keputusan untuk menghubungi KTA untuk memperolehi nasihat teknikal bagi menyambung proganda Taekwondo. Setelah menandatangai perjanjian, MTA telah bergabung dengan WTF dan menyertai 1st World Taekwondo Championship di Seoul.
MTA kemudian menjalin hubungan dengan WTF untuk memperolehi maklumat teknikal yang lanjut, kursus kemajuan serta penyertaan pertandingan peringkat antarabangsa. Dalam mencapai era kemajuan persatuan, timbulnya pelbagai masalah dan rintangan. Tetapi percinta seni taekwondo ini telah mencari jalan untuk mengatasi masalah yang timbul ini. Dalam jangka masa yang pendek ini, MTA telah diperkembangkan di seluruh Malaysia. Kini ia disertai oleh Semenanjung, Malaysia Timur, Polis, angkatan tentera dan MASUM.
SEJARAH PERKEMBANGAN SUKAN TAEKWONDO DI MALAYSIA
Taekwondo pada mulanya diperkenalkan kepada Malaysia pada 1963 oleh General Choi Hong Hi (yang kemudian merupakan duta Republik Korea di Malaysia). Pada masa itu General Choi diberi mandat oleh Persatuan Taekwondo Korea (KTA) untuk mengembangkan seni tempur ini ke luar negara. Beliau memulakan langkah ini di Kuala Lumpur dan kemudian berkembang ke negeri-negeri lain.
Pada 1663, Persatuan Taekwondo Selangor ditubuhkan. Pada sekitar awal tahun 60an, arahan teknikal dan prosidur pentadbiran Persatuan Taekwondo Selangor kebanyakannya dikendalikan oleh jurulatih bangsa Korea yang berbeza. Komunikasi di antara pelatih dan jurulatih adalah kurang selain daripada perkembangan naik pangkat para junior dan senior di kalangan rakyat Malaysia juga adalah lambat.
Pada 1966 hingga 1967, dengan penstrukturan semula dan timbulnya langkah Persatuan Taekwondo Korea menggabungkan pelbagai aliran tempur Korea “KWANSEke dalam sukatan pelajaran Taekwondo, kesetiaan pengikut Taekwondo di Malaysia kepada persatuan yang sedia ada telah teruji. General Choi, yang dipertanggungjawabkan memperkenalkan Taekwondo di Malaysia tidak bersetuju dengan yang lain dalam hiraki kepimpinan Persatuan Taekwondo Korea menggabungkan KWANS ke dalam sukatan pelajaran Taekwondo. Kesan daripada perkembangan ini tertubuhnya International Taekwondo Federation (ITF) diketuai oleh General Choi Hong Hi, berpusat di Toronto Kanada dan World Taekwondo Federation (WTF), di bawah kepimpinan Dr. Un Yong Kim, berpusat di Seoul Korea Selatan.
Para Pelatih senior terutama di Selangor menyedari bila tiadanya badan kebangsaan yang mentadbir perkembangan seni tempur ini secara berdikari daripada tenaga bangsa Korea terutama dalam lapangan menyelaraskan polisi, panduan dan peraturan dalam mempromosikan Taekwondo menyebabkan perkembangan sukan ini terjejas di Malaysia. Ini telah terbukti bila tenaga pentadbir terakhir bangsa Korea meninggalkan negara pada awal tahun 70an, perkembangan sukan Taekwondo negara telah teruk merosot.
Secara praktikalnya, tiada persatuan negeri di seluruh negara dan kebanyakan jurulatih adalah berbangsa Korea. Mereka mencipta peraturan sendiri dan menjalankan pusat latihan di mana senario ini menimbulkan ketidakpuashatian di kalangan pencinta Taekwondo di setiap negeri. Walaupun kemudiannya banyak persatuan negeri ditubuhkan, mereka masih tidak menukar status quo sebelum ini bila mana bangsa Korea masih mendominasi persatuan-persatuan ini. Sistem ujian naik taraf juga tidak diselaraskan selain daripada setiap negeri masing-masing tidak mengiktiraf antara satu sama lain. Juga tiada langkah muktamad untuk meletakkan tenaga pengajar senior tempatan mengambil alih pucuk pimpinan persatuan jika pemimpin-pemimpin bangsa Korea ini bercadang meninggalkan negara.
Kemudiannya, langkah menubuhkan Badan Taekwondo Kebangsaan telah dimulai oleh Mr. C.K. Leow (Ketua Jurulatih Persekutuan dan Pengarah Lembaga Teknikal dan Pentadbiran Taekwondo Kebangsaan Esehingga kini) dan Mr. Christopher Lai (bekas Pegawai Tertinggi Persatuan Taekwondo Malaysia MTA/ WTF) serta Mr. Chin Mee Keong (pengerusi pertama Persatuan Taekwondo Malaysia MTA/ WTF). Dengan dedikasi tinggi, pengorbanan dan kesabaran, ketiga-tiga individu ini bersama bantuan beberapa pengamal senior Taekwondo tempatan mengadakan satu mesyuarat yang disertai oleh wakil daripada Selangor, Angkatan Tentera Malaysia, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Johor dan Sabah dengan tujuan merealisasikan penubuhan Badan Taekwondo Kebangsaan tersebut.
Pada awal tahun 70an, beberapa individu senior penting yang menyokong penubuhan tersebut daripada Persatuan Taekwondo Selangor yang pada masa itu masih dibayangi oleh polisi International Taekwondo Federation (ITF) melalui jurulatih-jurulatih bangsa Korea di bawah General Choi bercadang menghubungi Persatuan Taekwondo Korea secara terus untuk mendapatkan nasihat teknikal dan panduan yang perlu untuk meneruskan perkembangan Taekwondo di Malaysia. Impak daripada komunikasi dengan Persatuan Taekwondo Korea ini ialah, mereka telah berpecah daripada ITF dan menyertai Kejohanan Taekwondo Dunia Pertama pada 1973 di Seoul Korea Selatan anjuran Persatuan Taekwondo Korea.
Di kejohanan ini, Persatuan Taekwondo Korea dengan restu kerajaan Republik Korea telah menggerakkan langkah sulong menubuhkan World Taekwondo Federation (WTF) bersama para delegasi daripada 22 negara. Malaysia diwakili oleh Mr. C.K. Leow, Mr. Christopher Lai dan Ms. Betty Khoo.
Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA/ WTF) mula menjalinkan hubungan erat dengan WTF dan dibekalkan informasi teknikal, kursus lanjutan dan berpeluang menyertai pertandingan antarabangsa kelolaan badan Taekwondo dunia tersebut. Latihan tempatan juga dikendalikan oleh pemegang talipinggang hitam tahap 3 hingga 4 berbangsa Malaysia sendiri.
Bagi mereka di dalam persatuan kebangsaan pada masa itu, bukanlah sesuatu yang mudah untuk menggerakkan fungsi dan meletakkan Taekwondo pada tahap yang efektif, namun cinta mereka terhadap Taekwondo membantu mengatasi banyak masalah dan kesusahan yang datang. Selepas beberapa tahun yang singkat, MTA/ WTF telah banyak menyumbang kepada perkembangan Taekwondo di seluruh negara. Hari ini MTA/ WTF telah dianggotai oleh semua negeri Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM).
MTA/ WTF merupakan satu-satunya persatuan Taekwondo di Malaysia yang diiktiraf oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semenjak 1978. Selain daripada itu, MTA/ WTF bernaung di bawah badan sukan antarabangsa di bawah:
(1) World Taekwondo Federation (WTF) yang juga merupakan ahli International Olympic Committee (IOC) dan General Assiciation of International Sports Federation (GAISF) serta badan sukan antarabangsa lain
(2) Pesekutuan Taekwondo Asia (Asian Taekwondo Union)
(3) Persekutuan Taekwondo Asia Tenggara (Southeast Asia Taekwondo Union)
Dengan keputusan positif daripada projek-projek yang dijalankan oleh WTF di seluruh dunia bersama penganjuran Kejohanan Taekwondo Dunia dan kejohanan peringkat sektor geografi, Taekwondo (WTF) sekarang boleh dianggap sukan tempur yang paling popular di Malaysia. Lebih-lebih lagi Taekwondo (WTF) merupakan satu-satunya aliran Taekwondo yang diterima bertanding di kejohanan Sukan Olimpik, Asia, Asia Tenggara (SEA Games), Sukan Malaysia (SUKMA), Majlis Sukan Universiti-Universiti Malaysia (MASUM) dan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).
Bagi menjamin keberkesanan projek teknikal yang dijalankan, Persatuan Taekwondo Malaysia (MTA/ WTF) mempunyai Lembaga Teknikal & Pentadbiran: Technical & Administration (TAB)nya sendiri yang dianggotai oleh ketua jurulatih setiap negeri.
TAB bertanggungjawab menjalinkan hubungan muhibah di kalangan ahlinya yang berbilang bangsa dan agama melalui pertandingan di antara sekolah, zon dan kebangsaan pada setiap tahun selain menganjurkan seminar/ kursus pengadilan dan kejurulatihan 2 kali setahun.
Sebagai tambahan kepada seminar dan kursus ini, Pemegang Talipinggang Hitam yang berdaftar dengan MTA/ WTF dihantar ke Korea untuk menerima tunjuk ajar secara langsung mengenai teknik kejurulatihan dan pertandingan.
Bukan sesuatu yang keterlaluan dikatakan bahawa MTA/ WTF merupakan persatuan sukan tempur terbaik di Malaysia ketika ini. Melalui dedikasi dan kerja keras para pegawai dan ahli TAB, MTA/ WTF telah berjaya mencapai banyak objektif selain daripada berjuang di bawah bendera negara di setiap kejohanan antarabangsa bila peruntukan kewangan untuknya diluluskan.
Projek teknikal MTA/ WTF banyak dibiayai oleh syarikat swasta seperti Nestle Products Sdn. Bhd yang telah lama memberi sokongan kepada sukan ini manakala Pro-Specs, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Cheetah merupakan penganjur jangka pendek kepada peojek MTA/ WTF. Juga tidak dinafikan sumbangan Majlis Sukan Negara (MSN) yang telah banyak mengeluarkan belanjawan membiayai banyak kejohanan antarabangsa untuk MTA/ WTF. Peruntukan kewangan ini digunakan untuk membiayai kejohanan, seminar dan kursus selain daripada meningkatkan tahap keberkesanan servis MTA/ WTF melalui peningkatan tahap kualiti fasiliti seperti peralatan pejabat, peralatan pertandingan dan menyediakan premis yang dijadikan gim untuk perkembangan sukan Taekwondo.
Sebagai badan sukan, MTA/ WTF sangat komited mengembangkan Taekwondo ke sekolah, kolej, universiti serta sektor awam dan swasta di seluruh negara. MTA/ WTF juga mempunyai jurulatih yang berkelayakan mengajar di lebih 1,200 buah sekolah dan institusi pengajian tinggi di Malaysia.
Dalam usaha mengekalkan keberkesanan dan mengawal tahap kualiti standard para jurulatih, MTA/ WTF mempunyai pegawai teknikal di dalam Lembaga Teknikal & Pentadbiran (TAB)nya yang merangkumi semua penggiat senior (lebih 15 tahun pengalaman) untuk mengendalikan semua projek teknikal seperti:
1. Sistem kelayakan jurulatih
2. Sistem ujian naik pangkat para ahli
3. Klinik kejurulatihan untuk para jurulatih
4. Promosi melalui pameran
5. Pertandingan
6. Kurikulum untuk sistem kelayakan jurulatih
7. Kurikulum untuk sistem ujian naik pangkat para ahli
8. Mengatur program latihan khas untuk individu atau kumpulan terpilih
9. Latihan persedian untuk Skuad Kebangsaan dan Skuad Bakat bertanding di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
MTA/ WTF adalah komited dan nekad memberi bimbingan profesional kepada ahlinya bukan sahaja ke arah membina kecemerlangan disiplin, jati diri, kesihatan dan pertahanan diri, tetapi turut membawa kegemilangan kepada Malaysia melalui pertandingan antarabangsa yang disertai.
ASAL NAMA TEAKWONDO
Taekwondo telah berkembang menjadi suatu seni bela diri bangsa Korea bersama dengan sejarah panjang bangsa Korea selama 5000 tahun dan telah berkembang menjadi suatu olah raga nasional, dan menjadi salah satu olah raga internasional.Kata “Tae Kwon Do” berasal dari bahasa Korea yang terdiri dari “tae” yang berarti menendang, “kwon” yang berarti pukulan atau memukul dan “do” yang berarti “jalan hidup manusia yang benar.
Tujuan dari berlatih Tae Kwon Do adalah untuk mencari kesempurnan diri dalam hal karakter pribadi, melalui pengembangan spiritual yang merupakan hasil dari latihan pikiran dan jasmani, untuk menumbuhkan pengendalian diri dan keseimbangan rohani dan untuk mencapai kebesaran jiwa.
When each syllable of the “Teakwondo” is taken separately, TAE means “to smash or destroy with the foot” KWON it’s means “ to strikewith the hand or fist”, DO it’s mean”the system or methodaaaa”.
FALSAFAH TAEKWONDO.
Taekwondo adalah merujuk kepada seni pertahanan diri. Walau bagaimanapun, perkembangan hari ini telah menjadikannya sebagai sukan atau seni bela diri. Taekwondo merupakan satu teknik seni bela diri yang menggunakan tangan dan kaki. Tetapi, objektif teakwondo yang utamanya adalah bukan untuk belajar bagaimana berlawan. Ia adalah lebih tertumpu kepada pemberlajaran teknik menggunakan kaki dan tangan untuk membimbing minda dan semangat ke arah keharmonian serta meningkatkan kesihatan fizikal.
Ahli Taekwondo melakukan apa yang mereka lakukan untuk membentuk mental dan fizikal mereka untuk mencapai kesempurnaan. Latihan Taekwondo juga menekankan perjuangan memupuk dan menjaga diri sendiri. Kesabaran dan disiplin diri mampu memerangi kekuatan menerusi pengulangan latihan fizikal. Ahli Taekwondo didedahkan dengan berfalsafah hidup dan matlamat untuk mencapai keharmonian dengan minda dan badan. Kemudian keharmonian dengan orang lain, alam sekitar, negara dan alam semesta.
KESIMPULAN
Kesimpulannya Taekwondo mendidik pengamalnya menjaga kesihatan tubuh badan dan minda selain daripada mendedahkan ahlinya kepada kaedah terbaik mengelakkan konfrontasi dan berfikiran rasional dan tenang terhadap sebarang bentuk penentangan tetapi dalam masa yang sama berupaya menamatkan konfrontasi tersebut dengan kadar yang segera jika diserang menggunakan kemahiran bertempur yang dipelajari. Taekwondo adalah pemangkin kepada keharmonian dan peningkatan kualiti hidup melalui aktiviti-aktiviti pembinaan kecemerlangan disiplin, jati diri, kesihatan dan pertahanan diri di dalamnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)