Wednesday, 16 January 2013

Bahagian Industri Sukan


Objektif
  1. Meningkatkan Sumbangan Industri Sukan Kepada KDNK Negara
  2. Meningkatkan Rantaian Nilai Industri Sukan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi
  3. Meningkatkan Nilai Tambah Industri Sukan Berasaskan Penyelidikan dan Pembangunan
  4. Meningkatkan Rangkaian Kerjasama Industri Sukan Negara
  5. Meningkatkan Kesedaran dan Penglibatan Masyarakat Perdagangan Dalam Industri Sukan Negara.

Visi
Peneraju Pembangunan Industri Sukan sebagai Penjana Utama Ekonomi Negara.

Misi
Bertekad Meningkatkan Sumbangan Industri Sukan Kepada KDNK Negara Dengan Menyediakan Persekitaran Yang Kondusif Untuk Menggalakkan Pertumbuhan Industri Sukan Serta Meningkatkan Profesionalisme Pengurusan Industri Sukan Negara Menjelang Tahun 2015.

Fungsi
  1. Bertanggungjawab Merangka Dasar dan Halatuju Industri Sukan Negara.
  2. Merancang, Mengurus, Melaksana dan Menyelia Aktiviti Pembangunan Industri Sukan.
  3. Menyediakan dan Mengurus Pengkalan Data Industri Sukan Negara Yang Komprehensif.
  4. Menyediakan Pelan Perancangan Pembangunan Industri Sukan Negara.
  5. Membangunkan Persekitaran Industri Sukan Negara Yang Kondusif dan Dinamik.
  6. Meneroka peluang baru dalam Industri Sukan.
  7. Bertanggungjawab Melaksanakan Aktiviti Penggalakan Pemasaran Industri Sukan.
  8. Meningkatkan Kesedaran dan Sokongan Awam.
  9. Memupuk dan Mengukuhkan Kerjasama dengan Pihak Industri.

Generasi-generasi Komputer


Generasi Pertama-Tiub Hampagas
( 1942 - 1958 )

1. Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum).

2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat,lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik.

3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.

4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah.


Generasi Kedua-Transistor 
(1959 - 1964)

1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas.

2. Dicipta oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain dan W. Shockley.

3. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik melalui perintang.

4. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.

5. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.

6. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.

7. Lebih kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan.

8. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti FORTRAN dan COBOL.




Generasi Ketiga-Litar Elektrik
(1964 - 1970)

1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.

2. Atur cara lebih serasi.

3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.

4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.

5. Lebih kuat, utuh dan padat.6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.


Generasi Keempat
(1971 -1999)

1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. Istilah yang digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun LSI).

2. Penggunaan mikro pemprosesan pada satu serpihan.

3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.

4. Pengenalan kepada cakera padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory( CD ROM ).

5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.


Generasi Kelima
( 2000 sehingga kini)

1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada yang sedia ada dan kemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan 'berfikir' seperti manusia-kepintaran buatan.

2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik.

3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.

4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan.

Asal-Usul sukan Malaysia


Sebelum kedatangan pengaruh pendidikan barat, sistem pendidikan Malaysia merupakan sistem yang tidak formal seperti kelas agama dan Al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, pelajaran Malaysia tidak ada langsung pendidikan jasmani.
Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di Negara kita selepas kedatangan Inggeris di negeri-negeri Selat. Sekolah yang pertama terdirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan pada tahun 1816. Sekolah itu ialah dibawah pentadbiran inggeris. Pada masa itu, Pendidikan jasmani tidak dijalankan lagi.
Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun pelajaran pendididkan jasmani mula diajar secara tidak formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Pada tahun 1924 kerajaan baru melantik seorang pengusaha pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat. Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun. Guru-guru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani telah ditugaskan mengajar pelajaran itu. Tahun-tahun 1930_an pihak kerajaan barulah berusaha merancangkan pendidikan jasmani masuk dalam pelajaran sekolah.Sukatan pelajaran itu merupakan asas untuk pelajaran pendidikan jasmani di Malaysia. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran latihan fizikal bagi sekalah-sekolah Inggeris di England yang telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, “How To Teach Physical Training” dijadikan asas sukatan pelajaran pendidikan jasmani Malaysia. J.W.Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan jasmani dalam tahun 1932, beliau telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh Negara. Kursus-kursus dalam perkhimatan jasmani telah diadakan di seluruh Negara. Tahun 1946 sehingga 1948, pejabat pendidikan negara telah melaporkan satu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab perguruan Sultan Idris, (MPSI), Tanjung Malim (Universiti Pendidikan Sultan Idris kini). Sistem latihan guru pendidikan jasmani dilancarkan secara berperingkat-peringkat.



Penubuhan persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentakrama merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara itu, di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa yang terdapat di negara-negara Asia di bawah penjajahan British Komanwel. Bola sepak, bola keranjang, berenang dan tenis adalah popular tetapi permainan badminton paling popular di seluruh Negara.
Tidak dinafikan,sukan bermula popular di Negara selepas kemerdekaan. Atlet-atlet tempatan telah dihantar ke luar Negara untuk menyertai pelbagai pertandingan sukan seperti Sukan Asia, Sukan Komenwel dan sebagainya. Mereka juga memenangi banyak pingat dan menyerlahkan nama negara ke antarabangsa. Secara tegas, sebagai generasi baru, kita patut menglibatkan diri dalam sukan dengan aktif, maka budaya sukan akan semakin maju!

HARUSKAH DATUK LEE CHONG WEI DIKEKALKAN SEBAGAI JAGUH BADMINTON DALAM SUKAN OLIMPIK 2016?


Datuk Lee Chong Wei merupakan pemain badminton yang hebat dan terkenal di dunia. Beliau haruslah mengambil peluang untuk mendapatkan emas pada sukan olimpik 2016. Saya percaya Datuk Lee Chong Wei masih mempunyai kemahiran dan kekuatan yang baik untuk menghadapi pertandingan. Selain itu, beliau juga mampu mengharumkan nama Negara kita jika beliau menunjukkan teknik bermain yang hebat dan seterusnya mendapat kemenangan. Selain itu, semangat beliau juga mampu menyeramakkan semangat patriotisme peminat badminton. Disamping itu, sikap Datuk Lee Chong Wei yang tidak putus asa dan rajin juga boleh menjadi role model kepada generasi muda kita. Tambahan pula, beliau juga mempunyai pengalaman bertanding yang banyak dan mampu membantu beliau untuk mengalahkan pihak pelawan. Oleh itu, Datuk Lee Chong Wei haruslah mengekalkan jaguh sukan Malaysia untuk sukan oilmpik 2016 untuk menyemarakkan semangat bersukan dan patriotisme generasi muda di Negara kita.