Datuk Lee Chong Wei merupakan pemain
badminton yang hebat dan terkenal di dunia. Beliau haruslah mengambil peluang
untuk mendapatkan emas pada sukan olimpik 2016. Saya percaya Datuk Lee Chong
Wei masih mempunyai kemahiran dan kekuatan yang baik untuk menghadapi
pertandingan. Selain itu, beliau juga mampu mengharumkan nama Negara kita jika
beliau menunjukkan teknik bermain yang hebat dan seterusnya mendapat kemenangan.
Selain itu, semangat beliau juga mampu menyeramakkan semangat patriotisme
peminat badminton. Disamping itu, sikap Datuk Lee Chong Wei yang tidak putus
asa dan rajin juga boleh menjadi role model kepada generasi muda kita. Tambahan
pula, beliau juga mempunyai pengalaman bertanding yang banyak dan mampu
membantu beliau untuk mengalahkan pihak pelawan. Oleh itu, Datuk Lee Chong Wei
haruslah mengekalkan jaguh sukan Malaysia untuk sukan oilmpik 2016 untuk
menyemarakkan semangat bersukan dan patriotisme generasi muda di Negara kita.
No comments:
Post a Comment