Sebelum kedatangan
pengaruh pendidikan barat, sistem pendidikan Malaysia merupakan sistem yang
tidak formal seperti kelas agama dan Al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan.
Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal. Oleh itu, pelajaran
Malaysia tidak ada langsung pendidikan jasmani.
Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di Negara kita selepas kedatangan Inggeris di negeri-negeri Selat. Sekolah yang pertama terdirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang ditubuhkan pada tahun 1816. Sekolah itu ialah dibawah pentadbiran inggeris. Pada masa itu, Pendidikan jasmani tidak dijalankan lagi.
Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang formal walaupun pelajaran pendididkan jasmani mula diajar secara tidak formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Pada tahun 1924 kerajaan baru melantik seorang pengusaha pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat. Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun. Guru-guru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani telah ditugaskan mengajar pelajaran itu. Tahun-tahun 1930_an pihak kerajaan barulah berusaha merancangkan pendidikan jasmani masuk dalam pelajaran sekolah.Sukatan pelajaran itu merupakan asas untuk pelajaran pendidikan jasmani di Malaysia. Ia berdasarkan kepada sukatan pelajaran latihan fizikal bagi sekalah-sekolah Inggeris di England yang telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, “How To Teach Physical Training” dijadikan asas sukatan pelajaran pendidikan jasmani Malaysia. J.W.Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan jasmani dalam tahun 1932, beliau telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh Negara. Kursus-kursus dalam perkhimatan jasmani telah diadakan di seluruh Negara. Tahun 1946 sehingga 1948, pejabat pendidikan negara telah melaporkan satu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab perguruan Sultan Idris, (MPSI), Tanjung Malim (Universiti Pendidikan Sultan Idris kini). Sistem latihan guru pendidikan jasmani dilancarkan secara berperingkat-peringkat.

Penubuhan persekutuan
Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris dalam perkembangan
pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentakrama merupakan bahagian
program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah, sementara itu, di
sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang serupa yang
terdapat di negara-negara Asia di bawah penjajahan British Komanwel. Bola
sepak, bola keranjang, berenang dan tenis adalah popular tetapi permainan
badminton paling popular di seluruh Negara.
Tidak dinafikan,sukan bermula popular di Negara selepas kemerdekaan. Atlet-atlet tempatan telah dihantar ke luar Negara untuk menyertai pelbagai pertandingan sukan seperti Sukan Asia, Sukan Komenwel dan sebagainya. Mereka juga memenangi banyak pingat dan menyerlahkan nama negara ke antarabangsa. Secara tegas, sebagai generasi baru, kita patut menglibatkan diri dalam sukan dengan aktif, maka budaya sukan akan semakin maju!

No comments:
Post a Comment